Peperiksaan Muzik Antarabangsa Paling Inovatif
SCSM International
SCSM International ialah Lembaga Peperiksaan St Cecilia School of Music yang menyediakan penilaian dan kelayakan muzik semenjak tahun 1974.
Mengenai SCSM International
50 Tahun dalam Pentauliahan Muzik
SCSM (St Cecilia School of Music) International didirikan pada tahun 1974, berpusat di Launceston, Tasmania sebagai pusat pembelajaran muzik profesional untuk memenuhi permintaan tinggi pelajar-pelajar muzik yang ramai di wilayah tersebut.
Dalam jangka masa pendek setelah penubuhannya, lebih dari 1000 pelajar didaftar dengan 18 guru muzik profesional bertauliah mengajar. Tradisi dalam memberikan pendidikan muzik berkualiti diteruskan sehingga ke hari ini dengan guru-guru yang sudah berkhidmat bersama SCSM hampir 50 tahun.
Peperiksaan muzik SCSM atau dikenali di Australia sebagai “St Cecilia Examinations” dikembangkan sebagai sebuah sistem peperiksaan berjenama untuk memenuhi permintaan pelajar-pelajar dan guru-guru mereka yang memerlukan sistem yang releven dengan budaya semasa, sambil menerapkan nilai-nilai inovatif serta pendekatan menarik dalam menilai kebolehan pelajar dari semua tahap.
Sistem peperiksaan SCSM juga menawarkan penilaian standard tinggi untuk kelayakan profesional di dalam pengajaran dan persembahan muzik. SCSM kini menjadi pemangkin utama dalam pembangunan muzik global dengan pusat peperiksaan di seluruh dunia termasuk Asia Timur, Asia Tenggara, Eropah, dan Amerika
SCSM International Pemangkin Industri Muzik Global
109,000+
Pelajar Disijilkan
3090+
Guru Ditauliahkan
37
Jenis Peperiksaan
50
Tahun Perkhidmatan
4 Kategori Pentauliahan Muzik
Penerima sijil – sijil SCSM menunjukkan mereka telah melalui penilaian kemahiran seni muzik yang kritis dan ketat mengikut piawaian yang diiktiraf kerajaan dan badan-badan muzik di Australia serta New Zealand. Mereka yang telah menerima pensijilan SCSM membuktikan bahawa mereka telah berjaya melalui penilaian teknikal dan kebolehan muzikal.
Kategori Solo
Enam (6) jenis peperiksaan untuk kategori solo iaitu Graded, Concert Certificate, Recital Certificate, Certificate of Performing Arts, Musicianship, dan Showcase.
Kategori Berkumpulan (Ensemble)
Tiga jenis peperiksaan iaitu Duet-Trio-Quartet, Alat Muzik Berkumpulan, dan Koir.
Kategori Penulisan
Kategori Penulisan merangkumi kemahiran teori di dalam peperiksaan Theory of Music (gred 1 - 8).
Kategori Diploma Profesional
Diploma profesional (Associate, Licentiate, dan Fellowship) dianugerahkan kepada pelajar yang telah memenuhi kriteria yang digariskan oleh piawaian SCSM International. Ratusan guru muzik, pemain industri dan penyampai seni dari pelbagai latar belakang akademik telah ditauliahkan anugerah diploma profesional oleh SCSM termasuklah komposer, artis, pengurus perniagaan muzik, pensyarah universiti, dan profesor muzik.
6 Kategori Peperiksaan Muzik Solo
Penilaian kompetensi muzik oleh SCSM International untuk kategori pemuzik atau penyanyi solo
Graded Exam
Penilaian Kompetensi: kerja teknikal, 4 lagu, dan pembangunan nota program (penulisan esei)
Concert Certificate
Penilaian Kompetensi: 4 lagu, persembahan berdurasi 10 - 22 minit mengikut gred, dan pembangunan nota program (penulisan esei)
Recital Certificate
Penilaian Kompetensi: Resital Penuh (format universiti atau conservatoire), persembahan berdurasi 20 - 30 minit mengikut tahap, dan pembangunan program acara
Certificate of Performing Arts
Penilaian Kompetensi: melengkapi tiga bahagian penilaian iaitu penyampaian drama-muzikal, kemahiran berkomunikasi, dan kemahiran membuat persembahan.
Musicianship
Penilaian Kompetensi: melangkapkan 5 bahagian ujian pendengaran iaitu ritma, nada, kekuatan bunyi, tonaliti, dan baca-lihat (rhythmic, pitch, volume, tonality, sight-reading)
Showcase
Penilaian Kompetensi: penilaian dua jenis instrumen berbeza,. Menyampaikan dua lagu instrumen pertama dan dua lagu instrumen kedua. Melengkapkan bahagian penilaian pembangunan program acara dan viva voce (sesi soal jawab)
Pemarkahan dan Gred
Syarat
Lulus
Markah 65% ke atas
Anugerah
Merit
Markah 75% ke atas
Anugerah
Distinction
Markah 85% ke atas
Anugerah Higher Distinction
Markah 90% ke atas
Majlis Anugerah "SCSM International Awards"
Samantha Deconno, guru muzik dari Adelaide, mendapatkan pengiktirafan tambahan dalam pensijilan teori muzik SCSM (Grade 6) dengan markah 100%
Setiap tahun setelah selesai peperiksaan muzik SCSM, para pelajar akan dijemput untuk menghadiri majlis penyampaian anugerah pencapaian peperiksaan muzik SCSM International mereka. Pelajar akan menerima sijil rasmi pengiktirafan kemahiran muzik mereka dari SCSM yang disampaikan oleh ahli Licentiate atau Fellowship SCSM.
Acara ini diraikan menurut tradisi pertubuhan muzik (learned-society) di England yang mana tetamu/hadirin yang telah mendapatkan penganugerahan Diploma Profesional SCSM akan mengenakan jubah akademik rasmi SCSM International sebagai simbolik penerusan tradisi latihan dan persembahan berkualiti dari pendiri terawal pertubuhan-pertubuhan muzik yang bermula di United Kingdom. Sertai komuniti besar para pemuzik dan penyanyi global yang mempunyai niat-bersama dalam pemantapan seni persembahan.
Rujukan:
Groves, N. (Ed.). (2014). Shaw’s Academical Dress of Great Britain and Ireland – Volume II: Non-degree-awarding Bodies (Third, Vol. 2). The Burgon Society.
The Burgon Society. (n.d.). Bibliography – The Burgon Society (A. Kerr, Ed.). Www.burgon.org.uk. Retrieved July 2, 2020, from https://www.burgon.org.uk/research/bibliography/
Ben Jones, pelajar Teacher Samantha Deconno, menerima sijil pencapaian teori muzik SCSM (Junior Grade) dengan markah 100%
Majlis Anugerah "SCSM International"
Oongisvoce Academy of Music, Sabah Malaysia (North Borneo)
Matthews S. Tyson
HonDMus, FAIM, LMusTCL, ATCL, FAGM, HonTCL, FPerfASMC, HonSCSM, HonFNMSM, FEAU, MIMT
Matthews Tyson adalah salah seorang tokoh pendidik muzik yang disegani di Australia kerana sumbangan beliau terhadap pembangunan seni muzik di Australia yang telah menjangkau pengiktirafan global. Beliau adalah pengarah dan pengasas “St Cecilia School of Music & International Examinations” dengan pengalaman sebagai pendidik muzik lebih dari 50 tahun. Beliau telah melahirkan ramai guru-guru muzik dan pemain seni persembahan profesional yang juga telah memenangi banyak anugerah di dalam dan luar Australia serta New Zealand. Beliau mempunyai kepakaran dalam mempersiapkan pelajar-pelajar dari pelbagai lapisan umur untuk bergiat di dalam seni persembahan atau melanjutkan karier sebagai guru muzik. Beliau sering menganjurkan kursus bersemuka Sijil Pengajaran Muzik (Certificate of Music Teaching) untuk pengiktirafan kelayakan guru-guru muzik independen di Australia. Beliau juga adalah pakar penilai (examiner) dan sering menjadi panel juri pertandingan muzik, pensyarah, dan penceramah umum.
Peperiksaan Diploma Profesional
Diploma profesional SCSM adalah peperiksaan diploma kemahiran yang dipiawaikan oleh lembaga peperiksaan SCSM yang menjurus kepada penilaian aspek kompetensi dan kemahiran industri bertahap tinggi. Pemegang pengiktirafan diploma SCSM membuktikan bahawa mereka adalah pemain industri yang berdaya saing, mahir di dalam seni mereka dan mempunyai kompetensi tinggi berdasarkan keperluan piawaian antarabangsa.
Peperiksaan diploma untuk pemuzik dan penyanyi adalah sebahagian daripada tradisi budaya muzik di England yang sudah berusia lebih daripada 130 tahun. Lembaga peperiksaan muzik sejak dari awalnya adalah sebuah badan pentauliahan profesional yang berbeza daripada institusi akademik. Kini lebih daripada 21 lembaga peperiksaan muzik antarabangsa di seluruh dunia memberikan pentauliahan yang berasaskan industri untuk memperkasakan pemain industri muzik agar dilengkapi kemahiran profesional yang dapat membangun karier seni persembahan atau pengajaran mereka.
Pemegang kelayakan diploma profesional SCSM dianggap telah bersedia untuk menaiktaraf teknik pengajaran dan persembahan mereka berdasarkan keperluan industri muzik semasa.
Terdapat tiga tahap di dalam pentauliahan Diploma SCSM:
Associate Diploma
Calon dapat menunjukkan kemahiran tinggi berdasarkan pengetahuan dan kebolehan seni persembahan yang setara dengan pengakhiran tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Seni (Bachelor of Arts).
Licentiate Diploma
Calon dapat menunjukkan kemahiran tinggi berdasarkan pengetahuan dan kebolehan seni persembahan yang setara dengan pengakhiran tahun ketiga Ijazah Sarjana Muda Seni (Bachelor of Arts).
Fellowship Diploma
Calon dapat menunjukkan kemahiran tinggi berdasarkan pengetahuan dan kebolehan seni persembahan sekurang-kurangnya setara dengan graduan Ijazah Sarjana Seni (Master of Arts) dan keatas.
Yuran peperiksaan muzik sCSM 2022
Khusus untuk Malaysia sahaja.
Yuran Diploma SCSM adalah mengikut ketetapan yuran semasa di ibu pejabat SCSM International berdasarkan pertukaran mata wang Ringgit Malaysia-Australian Dollar. Sila dapatkan konsultasi kami untuk keterangan lanjut.
info lanjut
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan pensijilan dan pentauliahan muzik antarabangsa daripada SCSM International, sila hubungi koordinator kami untuk keterangan lanjut.
Koordinator Malaysia :
En. Carrey Oliver
Alamat :
Oongisvoce Academy of Music,
Lot 6/7, 2nd Floor, Donggongon Point,
89500 Penampang, Sabah
oongisvoce@gmail.com
Emel:
oongisvoce@gmail.com