TAKSIR TRAINEE, LEVEL 1

Program TAKSIR Vokal ini bertujuan untuk memberi kemahiran teoretikal dan praktikal kepada para peserta samada mereka seorang petugas pentaksiran, orang seni, atau orang awam yang memerlukan pendedahan untuk melatih kemahiran analisa seni persembahan. Peserta nyanyian yang ingin terlibat dalam persembahan juga boleh mendapat manfaat dalam menambah aspek teori persembahan mereka untuk menambahbaik elemen-elemen persembahan pentas mereka. Selain itu individu yang akan bertugas sebagai penganjur juga akan mempunyai pengetahuan dalam melakar syarat dan terma penyertaan sekaligus aktif dalam membangun sahsiah para peserta pertandingan kerana pendedahan sistematik yang diberi. 

Objektif Kursus

Di dalam kursus ini anda akan mempelajari 10 kriteria asasi di dalam penilaian nyanyian yang boleh digunakan untuk pertandingan nyanyian, penilaian pembangunan kompetensi, peperiksaan vokal, atau pelan perancangan acara seni persembahan. 

Pra-syarat

Tiada pra-syarat untuk menyertai kursus. Sekurang-kurangnya minat untuk mempelajari pengetahuan baru di dalam seni muzik. Pengalaman seni adalah bonus. 

Mod Penyampaian

Penyampaian kuliah bersemuka (B. Malaysia & B. Inggeris), aktiviti dan latihan dalam kumpulan, sesi soal-jawab

Syarat Pensijilan

Melengkapkan sesi kursus 4.5 jam kontak

HASIL PEMBELAJARAN

Pada penghujung kursus ini, peserta akan mempelajari:

1

10 kriteria penilaian seni nyanyian berdasarkan piawaian antarabangsa

2

Kemahiran teori menganalisa seni persembahan nyanyian

3

Nilai integriti dan kredibiliti dalam melaksanakan dan menyertai persembahan pentas

4

Kemahiran teknikal melalui latihan praktikal menilai seni persembahan

5

Kemahiran membuat ulasan keterampilan yang baik

6

Pengetahuan teori untuk memperkayakan pengetahuan seni persembahan pentas masing-masing

TOPIK PEMBELAJARAN

1) pengenalan: TAKSIR & Reflektif Konsep

Memahami konsep penilaian nyanyian yang sentiasa berevolusi dan memahami proses pola-pikir sebagai penilai mengikut kesesuaian tempat serta memahami kemampuan kendiri untuk memberi penilaian baik. 

2) Teknik Penilaian Nyanyian Pentas

5 faktor asas penilaian seni persembahan nyanyian di atas pentas

3) Teknik Penilaian Kreativiti & Penampilan Pentas

5 faktor asas penilaian seni kreativiti, ritma, dan penampilan persembahan di atas pentas

4) Kemahiran Ulasan Keterampilan Peserta

Elakkan membuat kesilapan dalam memberi maklumbalas negatif dan melemahkan semangat. Mengatur frasa-frasa dan menggunakan kata kunci (keyword) untuk menunjukkan kelemahan dan menggalakkan pembangunan seni

5) Etika Sebagai Penanda Aras Kualiti Penganjuran

Etika, etiket, dan kemahiran profesional dalam pelaksanaan penganjuran untuk mengelakkan konflik kepentingan (conflict of interests), berat sebelah tanpa sedar (subconscious bias), dan pengaruh tersurat-tersirat yang mempengaruhi pentaksiran

6) Aplikasi Teknikal: Praktikal Penilaian

Latihan proses penjurian. Membuat penilaian dan perbincangan berdasarkan 10 kriteria asasi pentaksiran seni persembahan vokal

jADUAL KURSUS/BENGKEL 2022

31hb Julai

1.00 – 5.30 Petang
Tarikh tutup (25hb Julai)

17hb September

1.00 – 5.30 Petang
Tarikh tutup (3hb September)

TBA

1.00 – 5.30 Petang
Tarikh tutup (TBA)

Bengkel ini disokong oleh

SCSM International

St Cecilia School of Music (SCSM) International Examinations adalah badan peperiksaan dan pentauliahan muzik antarabangsa semenjak tahun 1974. Pensijilan SCSM International merupakan pensijilan berprestij yang diiktiraf oleh kerajaan Australia dan New Zealand serta badan-badan muzik antarabangsa kerana keunikan, piawaian berkualiti, dan kekompetensian yang tinggi . SCSM International menawarkan penilaian dari Gred 1 – 8, dan peperiksaan lanjutan dalam kategori diploma (Associate, Licentiate, dan Fellowship).

Pengarah SCSM International

St cecilia school of music

Matthews S. Tyson,

HonDMus, FAIM, LMusTCL, ATCL, FAGM, HonTCL, FPerfASMC, HonSCSM, HonFNMSM, FEAU, MIMT

Penceramah

Bengkel Tatacara Pentaksiran Seni Persembahan (TAKSIR) Vokal

Carrey Oliver

Adalah pengarang sistem “Tatacara Pentaksiran Seni Persembahan (TAKSIR)” dan pengarah artistik Oongisvoce Academy of Music. Beliau mendapat pentauliahan antarabangsa dari SCSM International di dalam bidang pedagogi nyanyian dan muzikologi. Sebagai jurulatih vokal selama 18 tahun, beliau sering dijemput oleh agensi swasta dan awam sebagai pakar rujuk untuk pelaksanaan, pengadilan, dan penyertaan pertandingan nyanyian dalam dan luar Sabah. Dilatih oleh pakar vokal klasik barat dan kontemporari antarabangsa, beliau juga adalah seorang HRD Corp “Certified Trainer” serta alumnus Sarjana MBA dari Anglia Ruskin University.  

daftar Kursus level1

17hb September 2022

YURAN LEVEL 1*

*Termasuk yuran administrasi, bahan-bahan kursus, dan sijil penyertaan

Daftar TAKSIR Level 1

Pembayaran yuran hanya boleh dibuat selepas permohonan anda berjaya. Pihak penganjur akan memberikan makluman kepada anda melalui emel atau aplikasi WhatsApp sekiranya permohonan anda berjaya

Kursus latihan boleh dijalankan di Oongisvoce Academy atau ditempah oleh jabatan-jabatan awam atau syarikat swasta untuk latihan pembangunan kendiri. Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan lanjut.

With Years Of Experience In Performing Arts Assessment​

Australian Society of Musicology & Composition
St Cecilia School of Music & International Examinations
Oongisvoce Academy of Music

Pengalaman Peserta

Pengalaman Saya semasa TAKSIR LEVEL 1 ialah satu sesi kursus yg penuh dengan informasi. Nota yang ringkas dan padat serta Penceramah yg mahir, menghiburkan, dengan penyediaan bahan kursus yang lengkap. Kursus yg tidak hanya berpusat kepada penceramah sahaja malah melibatkan setiap peserta. Kaedah penilaian yang dicadangkan sangat efektif. Pembahagian markah yang spesifik, borang pemarkahan yang memudahkan penaksir dan dapat memotivasikan peserta yang dinilai. Dapat membentuk nilai-nilai yang baik dan adil di kalangan penaksir vokal. Saya teruja untuk mengikuti Level yang seterusnya.

James Sami,

Artis Sabah

Pengalaman Saya Semasa TAKSIR LEVEL 1 ialah berjumpa dengan pelbagai kawan-kawan baharu dengan latar belakang dan profesion yang berbeza-beza. Ini adalah ruang yang sangat bagus untuk menambah ilmu pengetahuan mengenai muzik. 

Izan Awang Razli,

Penjawat Awam

Copyright © 2022 by Oongisvoce Academy of Music