PROGRAM

TAKSIR VOKAL

Tatacara Pentaksiran Seni Persembahan (TAKSIR)

PROGRAM TAKSIR VOKAL

Tatacara Pentaksiran Seni Persembahan (TAKSIR)  adalah program “trademark” Oongisvoce Academy of Music yang merangkumkan pengalaman, pemerhatian, dan pengetahuan yang diperoleh sepanjang 18 tahun mengajar, melatih, membimbing, serta menganjurkan persembahan mahupun pertandingan seni persembahan khasnya nyanyian. Program TAKSIR ini dikarang oleh En Carrey Oliver, pengarah artistik Oongisvoce Academy of Music bertujuan untuk melatih dan memberi pendedahan kepada penggiat seni untuk memberikan penilaian yang bersistematik semasa pertandingan atau pentaksiran seni persembahan sebagai kaedah menjalankan amanat dalam menentukan taksiran seni persembahan. 

Peserta seni persembahan (penyanyi, pemuzik, atau pemain teater) sering melihat pertandingan sebagai penanda aras dalam pengajian dan latihan mereka. Tanggungjawab seorang ahli panel pemeriksa (juri, penilai atau pengadil) adalah untuk memberikan pentaksiran yang jelas, kritis, dan kredibel dalam menjalankan amanat penganjuran pertandingan. Sebagai seorang penjaga amanat dalam menentukan keputusan pertandingan, para penilai (ahli juri) memberikan keputusan sebulat suara berdasarkan integriti dan kredibiliti mereka sebagai seorang pakar dalam bidang tersebut. Dalam menggalas tanggungjawab mentaksir pertandingan nyanyian, para penilai (ahli juri) diberikan tanggungjawab barisan hadapan dalam menjalankan kewajiban yang diamanatkan oleh organisasi penganjuran tersebut. 

Sesuai untuk siapa?

Program TAKSIR Vokal ini bertujuan untuk memberi kemahiran teoretikal dan praktikal kepada para peserta samada mereka seorang petugas pentaksiran, orang seni, atau orang awam yang memerlukan pendedahan untuk melatih kemahiran analisa seni persembahan. Peserta nyanyian yang ingin terlibat dalam persembahan juga boleh mendapat manfaat dalam menambah aspek teori persembahan mereka untuk menambahbaik elemen-elemen persembahan pentas mereka. Selain itu individu yang akan bertugas sebagai penganjur juga akan mempunyai pengetahuan dalam melakar syarat dan terma penyertaan sekaligus aktif dalam membangun sahsiah para peserta pertandingan kerana pendedahan sistematik yang diberi. 

Klik untuk menyertai Bengkel TAKSIR

Bengkel ini disokong oleh

SCSM International

St Cecilia School of Music (SCSM) International Examinations adalah badan peperiksaan dan pentauliahan muzik antarabangsa semenjak tahun 1974. Pensijilan SCSM International merupakan pensijilan berprestij yang diiktiraf oleh kerajaan Australia dan New Zealand serta badan-badan muzik antarabangsa kerana keunikan, piawaian berkualiti, dan kekompetensian yang tinggi . SCSM International menawarkan penilaian dari Gred 1 – 8, dan peperiksaan lanjutan dalam kategori diploma (Associate, Licentiate, dan Fellowship).

Pengarah SCSM International

Matthews S. Tyson,

HonDMus, FAIM, LMusTCL, ATCL, FAGM, HonTCL, FPerfASMC, HonSCSM, HonFNMSM, FEAU, MIMT

Pengalaman Peserta

Pengalaman Saya semasa TAKSIR LEVEL 1 ialah satu sesi kursus yg penuh dengan informasi. Nota yang ringkas dan padat serta Penceramah yg mahir, menghiburkan, dengan penyediaan bahan kursus yang lengkap. Kursus yg tidak hanya berpusat kepada penceramah sahaja malah melibatkan setiap peserta. Kaedah penilaian yang dicadangkan sangat efektif. Pembahagian markah yang spesifik, borang pemarkahan yang memudahkan penaksir dan dapat memotivasikan peserta yang dinilai. Dapat membentuk nilai-nilai yang baik dan adil di kalangan penaksir vokal. Saya teruja untuk mengikuti Level yang seterusnya.

James Sami,

Artis Sabah

Pengalaman Saya Semasa TAKSIR LEVEL 1 ialah berjumpa dengan pelbagai kawan-kawan baharu dengan latar belakang dan profesion yang berbeza-beza. Ini adalah ruang yang sangat bagus untuk menambah ilmu pengetahuan mengenai muzik. 

Izan Awang Razli,

Penjawat Awam

SOALAN LAZIM

Bengkel Tatacara Pentaksiran Seni Persembahan (TAKSIR©) Vokal

umum

Bolehkah penganjur menggunakan borang TAKSIR di dalam pertandingan nyanyian mereka?

Boleh. Dengan syarat, para penilai (panel juri) adalah seorang yang telah disijilkan sebagai “Certified TAKSIR Assessor” iaitu Trainee Level 1, Senior Trainee Level 2, Associate Level 3, atau Coach Level 4.

Penganjur menyukai sistem TAKSIR. Bolehkah penganjur menggunakan borang atau mirip borang kriteria TAKSIR di dalam penganjuran mereka tanpa kehadiran penilai berstatus “Certified TAKSIR Assessor (CTA)”?

Tidak boleh. Harta intelek tersebut dilindungi oleh Akta Hakcipta 1987. CTA telah dilatih Teknik penggunaan borang TAKSIR dan dilatih nilai etika serta professionalisme. Penggunaan sistem/formula penilaian TAKSIR haruslah dihadiri oleh CTA berdasarkan “Jadual Panduan Pelaksanaan Borang TAKSIR”. Pihak Oongisvoce Academy dan TAKSIR tidak akan bertanggungjawab akan penilaian yang tidak mematuhi etika dan piawaian khas TAKSIR.

Bolehkah saya menganjurkan in-house bengkel TAKSIR VOKAL LEVEL 1 di tempat kerja saya?

Boleh dengan syarat penyampai (presenter) TAKSIR mempunyai pensijilan minima Level 3 (TAKSIR ASSOCIATE) untuk mengajar TAKSIR VOKAL LEVEL 1.

Saya adalah seorang TAKSIR Trainee Level 1, bolehkah saya menggunakan borang rasmi TAKSIR untuk pertandingan?

Boleh. Asalkan anda mematuhi keperluan syarat minima seperti di dalam “Jadual Panduan Pelaksanaan Borang TAKSIR”. Kami memerlukan anda memaklumkan pihak Oongisvoce Academy mengenai butiran pertandingan untuk rekod kami. Selesai pertandingan, anda diminta untuk mengisi borang laporan online (googleform) mengenai aktiviti anda. Laporan tersebut akan menjadi bukti untuk memudahkan kami meluluskan laporan penilaian kompetensi (Sila rujuk soalan “Mengenai Status Aktif”).

Saya seorang Certified TAKSIR Trainee, tetapi borang penjurian yang disediakan penganjur berbeza. Bolehkah saya menjadi penilai pertandingan nyanyian tersebut tanpa menggunakan borang TAKSIR?

Boleh. Dengan kemahiran dan latihan di dalam kursus TAKSIR VOKAL, anda mempunyai kelebihan di dalam membuat penilaian walau apa juga keperluan pertandingan. Anda menjadi yakin akan pendedahan latihan dan kesedaran etika yang telah anda semaikan sebagai seorang penilai terlatih. Perbezaan sistem pemarkahan tidak menjadi masalah bagi anda, kerana konsep universal yang dipakai di dalam sistem TAKSIR Vokal.

Apakah etika yang harus saya patuhi semasa menggunakan borang pemarkahan TAKSIR?

Anda perlu patuhi Jadual Panduan Pelaksanaan Borang TAKSIR dan menggunakan borang rasmi TAKSIR dengan menyertakan perkataan “Copyright by Oongisvoce Academy of Music” dan “Permission to (nama dan level TAKSIR anda). Selain itu, sebagai “Certified TAKSIR Assessor”, anda diwajibkan untuk mematuhi etika tersedia yang telah dipelajari semasa Level 1 sebagai penilai yang mencintai integriti dan kredibiliti.

Mengenai Pensijilan

Siapakah yang boleh menyertai TAKSIR VOKAL LEVEL 1?

TAKSIR VOKAL LEVEL 1 terbuka kepada orang awam yang ingin menambah pengetahuan dan kemahiran analisa seni persembahan mereka. Program ini sesuai untuk penganjur yang akan menganjur pertandingan nyanyian, peserta yang akan bertanding, penilai yang akan ditugaskan sebagai panel juri pertandingan, guru/jurulatih muzik yang ditugaskan untuk membimbing program muzik, ibubapa yang ingin membantu anak jagaan mereka, atau peminat muzik yang ingin menambah pengetahuan.

Saya bukan seorang penyanyi, bolehkah saya menyertai program TAKSIR VOKAL LEVEL 2?

Boleh. Syarat minima ialah anda telah melengkapi kursus sebagai TAKSIR TRAINEE LEVEL 1. Walaubagaimanapun, program TAKSIR VOKAL LEVEL 2 mempunyai syarat untuk melengkapi peperiksaaan vokal SCSM Grade 5. Sekiranya anda mempunyai kemahiran nyanyian untuk lulus peperiksaan SCSM Grade 5, tidak ada masalah untuk anda ditauliahkan sebagai TAKSIR SENIOR TRAINEE LEVEL 2.

Saya sudah mempunyai sijil peperiksaan muzik antarabangsa Grade 5. Bolehkah saya menyertai program TAKSIR VOKAL LEVEL 2?

Boleh. Anda sudah selesai 50% dari keperluan pensijilan di Level 2 tetapi dengan syarat anda telah menghadiri TAKSIR VOKAL Level 1. Anda akan dikecualikan mengambil peperiksaan Grade 5 untuk syarat menjadi TAKSIR SENIOR TRAINEE Level 2 asalkan anda telah melengkapkan 40 jam kontak.

Setelah selesai 40 jam kontak program TAKSIR VOKAL LEVEL 2, saya masih belum bersedia menduduki peperiksaan SCSM Grade 5. Apakah yang harus saya buat?

Sijil tamat kursus TAKSIR Vokal Level 2 yang mempunyai tempoh sah selama 2 tahun akan diberikan kepada anda. Anda harus menyelesaikan SCSM Grade 5 sebelum tarikh tamat tempoh sah tersebut. Setelah mendapat pensijilan SCSM Grade 5, anda boleh mengemukakan bukti secara online kepada OV Academy untuk melengkapkan pensijilan sebagai TAKSIR SENIOR TRAINEE Level 2.  

Saya mempunyai ijazah dalam bidang nyanyian dan telah memenangi banyak pertandingan nyanyian. Bolehkah saya terus menyertai TAKSIR VOKAL LEVEL 3 (ASSOCIATE)?

Tidak boleh. Semua peserta program haruslah melengkapkan Level 1, dan Level 2, serta memenuhi syarat minima terlebih dahulu sebelum memohon untuk mengikuti Level 3. Sistem TAKSIR VOKAL mempunyai konsep kompetensi berperingkat berlandaskan lima prinsip kemahiran seni persembahan yang spesifik. Peserta Level 3 ialah mereka yang telah melalui penilaian kemahiran untuk membolehkan mereka menjadi penilai seni persembahan yang mahir, mempunyai nilai sahsiah, dan berdaya saing.

Mengenai Status Aktif

Adakah sijil TAKSIR mempunyai tarikh luput?

Tiada. Tetapi status “Certified TAKSIR Assessor” TT Level 1 dan TS Level 2 anda haruslah aktif sepanjang 2 tahun untuk mengekalkan kemahiran dan kompetensi anda berada pada tahap terkini. Anda boleh mengekalkan status aktif anda dengan menghantar Laporan Penilaian Kompetensi setiap 2 tahun kepada pihak Oongisvoce Academy of Music. Anda akan menerima ID Card (digital) di emel anda setelah laporan penilaian kompetensi anda berjaya.

Apakah kebaikan mengekalkan status aktif semasa sebagai “Certified TAKSIR Assessor”?

Status aktif anda membolehkan anda menggunakan logo level TAKSIR anda di semua risalah-risalah pemasaran (marketing), termasuklah website dan media social anda. Anda boleh membenarkan emcee memperkenalkan anda sebagai penilai TAKSIR Vokal bertauliah kerana anda aktif mengemaskini kemahiran dan kompetensi anda sekaligus peka terhadap perkembangan vokal peserta. Oleh kerana pensijilan TAKSIR mematuhi piawaian antarabangsa, anda memberikan imej positif kepada penganjur, peserta, dan orang umum mengenai nilai profesionalisme serta etika yang baik dalam membuat keputusan.

Bagaimanakah cara untuk mengekalkan status aktif “Certified TAKSIR Assessor” (CTA) saya?

CTA mengekalkan status aktif mereka dengan mengemukakan bukti untuk Laporan Penilaian Kompetensi mereka. Terdapat empat cara untuk CTA membuat Laporan Penilaian Kompetensi iaitu melalui: 

Apakah yang berlaku jika laporan penilaian saya tidak berjaya?

Status aktif anda tidak menjejaskan pensijilan anda. Cuma anda tidak mempunyai ID Card yang menunjukkan anda aktif berdasarkan keperluan piawaian TAKSIR. Kami akan memberikan maklum balas untuk membantu anda mengekalkan status aktif anda yang memerlukan anda aktif membuat persembahan, membuat penilaian persembahan, dan/atau aktif menghadiri kelas vokal.

Apakah yang akan berlaku jika saya tidak memperbaharui status aktif saya?

Rekod keaktifan anda akan disimpan oleh kami sekiranya pihak penganjur ingin mengesahkan butiran status aktif dan kompetensi anda. Status aktif menunjukkan anda seorang yang profesional dalam bidang tersebut dan diperakui telah melalui proses penilaian kompetensi berpiawai secara berterusan berdasarkan kerangka sistem TAKSIR Vokal agar anda mengemaskini akan perkembangan seni persembahan secara holistik. 

Saya tidak aktif selama 3 tahun selepas menghadiri pensijilan TAKSIR Vokal. Tapi besok saya akan menjuri dan tidak sempat memperbaharui status aktif saya. Bagaimana?

Tiada halangan untuk anda menjuri pertandingan kerana faedah mengekalkan status aktif membuatkan anda sentiasa berlatih dan mengekalkan kemahiran. Status aktif membolehkan anda menggunakan logo TAKSIR level anda dan gelaran level anda untuk hebahan oleh emcee/penganjur. Status aktif anda memberikan keyakinan kepada anda dan orang awam bahawa kemahiran anda didukung oleh organisasi dan pakar yang mempunyai rekod cemerlang di dalam bidang kompetensi mereka.

With Years Of Experience In Performing Arts Assessment​

Australian Society of Musicology & Composition
St Cecilia School of Music & International Examinations
Oongisvoce Academy of Music